Monday 23 January 2012

Peluang Menulis


Kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM5 juta yang akan disalurkan secara berperingkat selama dua tahun, iaitu RM3 juta pada tahun ini dan RM2 juta pada tahun hadapan melalui Institut Terjemahan Negara Malaysia atau ITNM bagi melaksanakan penerbitan buku – terutamanya karya asli penulis muda dalam semua genre.

Suara Kita dari Perdana Menteri ke Petani
antologi seribu puisi dengan satu tema
iaitu kemerdekaan negara.
 Bagi membolehkan matlamat ini dapat direalisasikan secepat mungkin  Kerajaan telah mengambil keputusan agar ITNM yang merupakan sebuah GLC ditingkatluaskan mandatnya iaitu selain dari bertindak sebagai “lead agency” dalam industri penerjemahan negara sebagaimana hari ini  ia  juga akan bertanggungjawab  menerbitkan karya asli bagi membantu menggalakkan industri perbukuan negara dengan nama dan penjenamaan baru iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau singkatannya ITBM.

 Kerajaan yakin ITBM akan berupaya menguruskan peruntukan yang diberikan bagi memastikan karya asli penulis muda yang telah diterima dapat diterbitkan dalam tempoh masa tiga (3) bulan hingga (6) bulan. Kerajaan juga mengharapkan PENA sebagai “stakeholder” dapat turut serta dalam pelaksanaan prakarsa ini dengan peranan menyaring serta memantau kualiti isi kandungan karya yang bakal dihasilkan oleh penulis muda.

 Dalam masa yang sama, Kerajaan menyedari proses rumit percetakan yang sedikit sebanyak melambatkan tempoh masa penerbitan sesebuah buku. Maka saya amat  gembira mengumumkan bahawa sebuah lagi GLC iaitu  Percetakan Nasional Malaysia Berhad atau PNMB telah bersetuju membentuk kerjasama strategik bersama-sama ITBM dan PENA untuk menjayakan penerbitan karya asli penulis muda dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Labels:

Sunday 22 January 2012

Dirgahayu Kayacipta

Selamat berkarya.

Labels: